“SAYA MASIH LAGI PENTINGKAN ETIKA & KEBERKATAN” – WANY HASRITA NAFI JUAL BARANG PERCUMA

Penyanyi Wany Hasrita telah menerima kecaman netizen yang menuduhnya menjual semula pakaian percuma yang diterima atas kapasiti seorang selebriti, gara-gara menjual baju-baju terpakai baru-baru ini

 

Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 28, menjelaskan, koleksi baju yang dijual itu adalah barangan peribadi yang dibeli sendiri.

Malah, beberapa baju bertanda ‘sample’ atau contoh yang terdapat dalam akaun @prelovestillinlove miliknya itu juga merupakan baju model yang dibeli di sesebuah butik.

“Salam, semua barang pre-loved di @prelovedstillinlove semua barang yang saya beli. Tak pernah dan tak akan pernah jual barang yang saya dapat percuma.

“Sample (contoh) yang dimaksudkan adalah baju sample yang dipakai sewaktu sesi fotografi produk (baju model) yang ada satu saiz sahaja dan dijual di butik tersebut.

Klik untuk gambar besar

“Dan satu-satunya saiz yang sesuai dengan saya tanpa perlu ubah suai. Lepas itu sekarang dah tak muat dan saya nak let go la,” kata Wany.

Penyanyi lagu ‘Terlalu Memuja’ itu tampil menjelaskan perkara tersebut di InstaStory miliknya selepas menerima mesej daripada individu yang kurang senang dengan perkara itu.

“Dapat barang percuma lepas itu jual kat orang, hebat-hebat permainan. Jelas kat situ *** sample,” tulis individu tersebut.

Dalam pada itu, Wany memberitahu individu tersebut tidak perlu berasa bimbang kerana dia masih menjaga dan mementingkan etika serta keberkatan dalam setiap apa yang dilakukannya: “Jangan risau, saya masih lagi mementingkan etika dan keberkatan,” ujarnya.

www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Wany Hasrita

Leave a Reply

%d bloggers like this: