ANWAR IBRAHIM – ANTARA DONGENG DAN FANTASI ‘PM TEPI’

KERAJAAN BERTUKAR SELASA DEPAN, HARGA PETROL JUGA BERTUKAR?

Presiden PKR menerusi laman facebook beliau mengeluarkan kenyataan akan mengadap Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong pada 13 Oktober 2020 selepas pertemuan tertangguh atas sebab kesihatan Seri Paduka. Anwar Ibrahim turut memberi gambaran beliau kini mempunyai sokongan majoriti ahli parlimen yang mahu ‘mandat rakyat’ dipulangkan.

Kenyataan Anwar dilihat sedikit sebanyak menggoncang platform politik tanahair namun persoalan paling utama berapakah bilangan sokongan Anwar dan siapakah yang menyokongnya? Berbaloikah sekadar membuat satu pengumuman yang menggemparkan tetapi berakhir sebagai bahan ketawa rakyat?

Menarik sekali menghampiri tarikh mengikut kenyataan Anwar, harga bahan bakar (petrol) di pasaran tempatan terus turun. Mungkin ini petunjuk sekiranya Anwar berjaya merealisasikan impian tertangguh sejak 1998, harga petrol akan jauh lebih murah seperti yang seringkali beliau nyatakan dalam siri ceramahnya dahulu.

Walau apapun berlaku pada 13 Oktober depan, negara sebenarnya perlu menang dalam perang menangani masalah covid19 dahulu. Anwar perlu pertimbangkan keperluan berkepentingan daripada terus menghambat angka angka yang belum pasti wujud, malah belum tentu dari PKR sendiri menyokong sikap ‘mabuk kuasa’ yang ditunjukkan Presiden PKR.

Leave a Reply

%d bloggers like this: