PRN SABAH – BEKERJA SEBAGAI SATU PASUKAN UNTUK CAPAI KEMENANGAN – NAJIB RAZAK

Konsep budaya kerja cemerlang dalam sebuah pasukan. Ia amat ditekankan kerana ia merupakan unsur penting yang menjamin kecemerlangan dan kejayaan.

Sebagai manusia sudah pastinya kita melakukan kesilapan, dan kesilapan itu boleh kita maafkan apabila kita sudah tersedar hakikatnya. Mungkin ramai yang akan berkata kata prihal ini. Namun Allah maha mengetahuinya.

Dalam hal ni Dato Seri Najib menekankan agar setiap ahli  dan pemimpin semestinya mempunyai kepercayaan antara satu dengan yang lain dan bergerak sebagai satu pasukan untuk mencapai kejayaan dan juga matlamat.

Justeru itu, dalam PRN Sabah Barisan Nasional meletakkan kepercayaan tersebut kepada Salleh Said Keruak sebagai induk untuk memimpin pasukannya untuk mencapai  kemenangan.

Kepentingan memilih seorang pemimpin yang berwibawa untuk pasukan adalah penting Pemimpin yang berkualiti akan merancang kemenangan kepada pasukan, organisasi atau pertubuhan dan memastikan perancangan masa depan dapat dirancang sebaiknya.

Leave a Reply

%d bloggers like this: