PRN SABAH – SALLEH KERUAK ‘ARKITEK’ MAJUKAN TALIAN KOMUNIKASI KOTA BELUD

PEMBANGUNAN ERA SALLEH KERUAK DINIKMATI KOTA BELUD

.
Ramai mungkin akan tertanya tanya apakah kejayaan-kejayaan yang dicapai ketika Dr Salleh Said Keruak memimpin Kota Belud satu ketika dahulu, Mungkin juga ada yang mengkritik tanpa fakta yang jelas, hanya mendengar cerita tentang keburukan sahaja.

Fakta tetap fakta, rakyat Kota Belud sedia maklum dan terus berita berita positif tentang kemajuan yang dibawa oleh Dr Salleh Said Keruak. Agak mustahil bagi sebilangan rakyat untuk menafikannya kecuali dibenaknya terdapat kebencian yang teramat disebabkan fahaman politik.

Rakyat amat faham dan akur perkara ini, setiap warga semestinya mengimpikan jariangan telekomunikasi tanpa wayar yang terbaik untuk mereka. Kepekaan Dr Salleh Said Keruak dalam permasalahan ini tidak dapat dinafikan lagi.



2015 pengumpulan data infrastruktur sedia ada merangkumni liputan dan kapasiti jalur lebar talian tetap dan tanpa wayar telah dijalankan khusus untuk Daerah Kota Belud sahaja.

Anda tentu faham mengapa “Di Kota Belud sahaja” dan bukan ditempat tempat lain. Sudah semestinya seorang pemimpin ketika berkuasanya akan melihat segenap kekurangan yang ada dan menjadi sati keperluan dan kemestian “mesti ada”.

Tidak sampai setahun jagung- Tahun 2016 bermula dari Januari sehingga Disember maka perancangan penambahbaikan dan pembangunan infrastruktur telekomunikasi secara keseluruhan telah bermula untuk Daerah Kota Belud sahaja.

Apakah kejayaan ini mahu dinafikan oleh rakyat Kota Belud. Sudah pastinya tidak bukan? Jadi sebagai kesinambungan merancakkan kejayaan akan datang.



Pada PRN Sabah 2020 ini sudah pastinya rakyat Kota Belud tidak akan melepaskan peluang untuk mencipta kemajuan bersama sama dengan Dr Salleh Said Keruak.

Persoalan kedua “kenapa Kota Belud Sahaja”? Adalah jelas bahawa Dr. Salleh berasal dari sana serta memiliki rumah di Jalan Menteri Kampung Siasai Kota Belud. Jadi sudah pastinya nikmat pembangunan yang dibawa olehnya semestinya untuk dikecapi bersama rakyat.

Untuk di Kota Belud tapak liputan selular dan jalur lebar talian tetap yang sedia ada sebanyak 53 dan ditambah sebanyak 81 tapak baru lagi menjadikan jumlah 144 tapak ( Meningkatkan kelajuan internet). Semua ini hanya diKota Belud sahaja.

Menyingkap kejayaan silam semasa Dr Salleh Said Keruak dipilih sebagai wakil rakyat serta menjadi Ahli Parlimen, Bulan Ogos 2016 menara telekomunikasi telah dipasang di Pulau Mantanani. Pulau Matanani adalah pusat perlancongan yang bertaraf dunia dengan keindahan yang memukau.

Bagaimana dengan pencapaian kemajuannya? Tahukah masyarakat Kota Belud bahawa liputan selular dan jalur lebar talian tetap menurut data sehingga suku ke-4, 2018 menunjukkan liputan LTE atau 4G di Kota Belud telah meningkat dari hanya 6.1% sahaja sebelum ini kepada 51.4%. Liputan 3G dari 73.5% kepada 93.8% dan 2G dari 84.8% kepada 93.8%.

Cukup hebat bukan, dimana sebahagian besar daerah di Sabah masih lagi ketinggalan dalam capaian telekomunikasi berbanding dengan kemajuan telekomunikasi di Kota Belud.

Apakah ini bukan satu kemajuan atau menaiktaraf kehidupan masyarakat dengan perkembangan telekomunikasi. Pencapaian telekomunikasi yang baik sekali gus akan merancakkan ekonomi setempat dan hubungan diantara usahawan akan berkembang.

Ini baru kisah perhubungan komunikasi, Kita masih belum lagi bercerita tentang mengwujudkan komuniti pintar yang dirancang hebat oleh Dr. Salleh Said Keruak.

Komuniti pintar adalah bertujuan untuk membina satu kelompok masyarakat yang celik kepada perkembangan teknologi serta membawa masyarakat dalam penggunaan teknologi dalam perkembangan ekonomi.

Bersambung bahagian akhir..

Leave a Reply

%d bloggers like this: